Sunday 12 June 2016

Ciri-ciri Asas Negara Demokratik


Menurut Zaini Othman (2006), asas sesebuah negara untuk digelar sebagai negara demokrasi harus menonjolkan tujuh ciri-ciri utama iaitu:

1. wujud kebebasan bersuara, 
2. akses media massa yang bebas dan berkecuali,
3. pilihan raya diadakan secara konsisten, bebas dan adil, 
4. kebebasan berorganisasi dan berpersatuan, 
5. pemerintahan berasaskan majoriti, 
6. hak golongan minoriti di hormati dan
7.  wujud badan kehakiman yang bebas dan berkecuali. 

JENIS-JENIS SISTEM DEMOKRASI DI DUNIA MENURUT HAGUE, 1992.

Menurut Hague [et. al.], (1992) menyatakan terdapat dua jenis sistem pilihan raya yang sering diamalkan dalam kalangan negara demokratik, iaitu sistem majoriti dan sistem perwakilan nisbah. Sistem majoriti ini dikenali sebagai sistem single-member-district plurality. Dalam sistem pilihan raya ini, sebuah negeri akan dibahagikan kepada beberapa buah  daerah negeri iaitu setiap satunya mewakili sebuah kerusi di peringkat badan perundangan. Calon yang mendapat jumlah undi tertinggi di sesebuah daerah akan diisytiharkan sebagai wakil rakyat di kawasan tersebut.
Sistem majoriti pula mempunyai tiga variasi iaitu sistem majoriti mudah, majoriti mutlak melalui undian alternatif dan majoriti mutlak melalui undian kedua. Sistem majoriti mudah atau dikenali sistem first past the post iaitu dalam sistem pilihan raya ini, seorang wakil rakyat dipilih melalui satu undian sahaja. Kemudian, calon yang memperolehi jumlah undi yang tertinggi akan diiktiraf sebagai pemenang walalupun beliau tidak memperoleh lebih daripada 50% undi. Setelah setiap ahli perundangan dipilih, parti yang mempunyai jumlah kerusi terbanyak akan membentuk kerajaan. Sistem majoriti mudah ini digunakan oleh beberapa buah negara seperti Britain, Amerika Syarikat, Kanada dan Malaysia.

Variasi kedua ialah majoriti mutlak melalui undian alternatif. Dalam sistem  pilihan raya ini, pengundi akan memilih seorang calon di  badan perundangan tetapi pengundi tidak akan memangkah calon yang disokong oleh mereka. Sebaliknya pengundi akan menyenaraikan calon pilihan mereka mengikut keutamaan dengan menulis ‘1’ disebelah calon yang paling disukai, ‘2’ kepada calon pilihan kedua sehinggalah seterusnya. Sekiranya terdapat calon yang memperoleh lebih daripada 50% undi, maka calon tersebut akan dipilih menjadi wakil rakyat. Namun, jika tiada calon yang memperoleh 50% undian, pilihan kedua bagi calon yang berada di senarai terbawah akan diagihkan. Proses ini diulang sehingga calon mendapat majoriti mutlak. Variasi ketiga ialah majoriti mutlak melalui undian kedua iaitu terdapat dua kolum dalam kertas undi iaitu satu untuk pilihan pertama dan satu lagi untuk pilihan kedua. Sekiranya, calon pertama memperoleh 50% undian maka calon tersebut akan dipilih sebagai wakil rakyat dan calon dipilihan kedua secara tidak langsung disingkirkan.
Manakala, sistem perwakilan nisbah iaitu sistem undi tunggal yang boleh dipindahkan. Sistem ini masih beroperasi dengan menggunakan sempadan pilihan raya tetapi setiap kawasan pilihan raya mempunyai lebih daripada seorang wakil rakyat iaitu setiap parti meletakkan lebih daripada seorang calon disetiap kawasan. Pengundi akan memilih mengikut turutan keutamaan iaitu pengundi boleh memilih calon dan parti. Sistem pilihan raya ini digunakan oleh beberapa buah negara seperti Ireland dan Malta.

NOTA PADAT GEOGRAFI TINGKATAN 1,2 DAN PT3

Nota Padat Geografi Tingkatan 1 Nota Padat Geografi Tingkatan 2 Nota Padat PT3