Saturday 16 May 2015

Sumbangan Dato' Onn Jaafar

Dari Aspek Politik

Dato’ Onn bin Jaafar mempunyai pelbagai sumbangan terhadap pembentukan Malaysia khususnya dalam aspek politik. Sumbangan pertama Dato’ Onn bin Jaafar dalam aspek politik dan secara tidak langsung membuka mata masyarakat Melayu mengenai kepentingan bersatu untuk mencapai kemerdekaan Tanah Melayu pada tahun 1946. Langkah pertama yang dilaksanakan oleh beliau ialah menubuhkan parti Melayu iaitu Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) pada 11 Mei 1946 dan beliau juga dilantik sebagai presiden UMNO yang pertama (e-man. 2004).
Penubuhan UMNO merupakan rentetan daripada peristiwa pendudukan Jepun di Tanah Melayu pada tahun 1942 hingga tahun 1945. Hal ini menyebabkan semangat nasionalisme dalam kalangan masyarakat Melayu kian memuncak. Masyarakat juga mula sedar bahawa untuk mencapai kemerdekaan tidak perlu bergantung kepada kerajaan British semata-mata tetapi mereka juga mampu memperoleh kemerdekaan dengan cara mereka sendiri. Slogan “Asia untuk orang Asia” mula timbul perasaan antipenjajah dan telah membangkitkan semangat nasionalisme masyarakat Melayu. Pada ketika ini akhbar-akhbar Melayu diterbitkan untuk memberi kesedaran kepada seluruh masyarakat di Tanah Melayu untuk menentang penjajah. Contoh akhbar ialah Majlis yang diterbitkan pada 24 Oktober 1948, Warta Negara dan Utusan Melayu. Sebelum pertubuhan UMNO telah wujud beberapa persatuan Melayu sejak tahun 1930 hingga tahun 1940 seperti Persatuan Perak yang ditubuhkan pada tahun 1937, Persatuan Melayu Pahang ditubuhkan pada Mac 1938, Persatuan Melayu Negeri Sembilan ditubuhkan pada September 1938, dan pada tahun 1940 Persatuan Melayu Johor dan Kelantan ditubuhkan. Menjelang tahun 1939 dan 1940, persatuan-persatuan Melayu mengadakan Kongres Melayu SeMelaya bagi menyatupadukan masyarakat Melayu dan pernyatuan ini telah menjadi wadah penubuhan UMNO.
Selain itu, UMNO ditubuhkan atas beberapa faktor iaitu penubuhan Malayan Union oleh kerajaan British pada 1 April 1946 yang diperintah oleh Gabenor British dan perkara ini menjadi faktor utama membangkitkan semangat nasionalisme dalam kalangan masyarakat Melayu di Tanah Melayu (e-man. 2004).. Faktor yang membangkitkan tentangan kaum Melayu ialah Malayan Union cuba memberi hak kerakyatan secara terbuka kepada semua kaummengikut prinsip jus soli iaitu Cina dan India dan hal ini menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan kaum Melayu sebagai penduduk asal di Tanah Melayu. Malayan Union juga menghapuskan kedaulatan dan kuasa sultan. Hal ini mencetus kebangkitan masyarakat Melayu untuk menentang Malayan Union. Rancangan Malayan Union ini di umumkan dalam parlimen British pada 10 dan 11 Oktober 1945 dan disiarkan dalam akhbar di Tanah Melayu. Perlembagaan Malayan Union ini disiarkan secara terperinci dalam Kertas Putih  Kerajaan pada Januari 1946 yang mensyaratkan seluruh negeri di Tanah Melayu termasuklah Negeri Pulau Pinang dan Melaka dibawah satu pemerintahan pusat.
Melalui penubuhan UMNO, Dato’ Onn cuba memupuk semangat perpaduan, nasionalisme dan perasaan antipenjajah dalam kalangan masyarakat Melayu untuk mencapai kemerdekaan      Tanah Melayu. Gerakan UMNO ketika itu sangat bermakna pada masa kini kerana UMNO sering mengadakan rapat umum diseluruh Tanah Melayu sehinggalah UMNO berjaya membuat persetujuan dengan kerajaan British bersama Raja-raja Melayu untuk menggubal perlembagaan baru. Sehinggalah pada 1 Februari 1948, Malayan Union telah dimansuhkan dan diganti dengan Persekutuan Tanah Melayu. Pada tahun 1947, UMNO telah mempunyai lebih 115000 orang ahli. UMNO telah mendapat pengaruh daripada seluruh masyarakat Melayu dan UMNO telah mengadakan Perhimpunan Agung dengan meluluskan Dasar Pelajaran yang menetapkan pendidikan harus bercorakan Islam. Pada tahun 1947, Jawatankuasa Pendidikan UMNO juga menawarkan biasiswa untuk pelajar Melayu yang berkebolehan diperingkat tinggi. Pada tahun 1949, perlembagaan UMNO telah diluluskan, UMNO telah menubuhkan beberapa jawatankuasa terutamanya berkaitan ekonomi, pendidikan, sosial, agama, kewangan dan tenaga kerja  dalam kalangan masyarakat Melayu.
Seterusnya, jasa Dato’ Onn semakin penting dalam mencapai kemerdekaan di Tanah Melayu dan menyatupadukan masyarakat Melayu. Dato’ Onn Jaafar telah menyuarakan hasratnya tentang ‘Malaya untuk Malayan’ yang bererti Tanah Melayu tanpa mengira kaum. Pada Oktober 1948, beliau melakukan lawatan ke London dan menyatakan bahawa pentingnya menghindarkan rasa syak wasangka terhadap kaum lain seperti Cina dan India serta beliau berpendapat semua kaum perlu bersatu dalam sebuah parti. Dato’ Onn juga telah berjaya menyelesaikan masalah perkauman yang dibangkitkan dalam akhbar Majlis yang mempersoalkan supaya tindakan dilakukan ke atas masyarakat Cina yang terlibat dalam kegiatan komunis. Pada 31 Disember 1948, Dato’ Onn sebagai pengerusi UMNO dan Menteri Besar Johor telah mengadakan satu pertemuan dengan 21 orang pemimpin pelbagai kaum di rumahnya iaitu Tan Cheng Lock dan E.E.C Thuraisungam serta  Sir Ronald Bradell. Pertemuan ini membentuk sebuah Jawatankuasa Perhubungan Antara Kaum yang bertujuan untuk menyatupadukan semua kaum dan mengelak kekacauan yang ditimbulkan oleh pihak komunis dan pertemuan dilaksanakan kali kedua di Pulau Pinang pada Januari 1949. Jawatankuasa ini disertai oleh Dato’ Onn Jaafar, Datuk Panglima Bukit Gantang, Encik Salleh bin Hakim, Dr. Mustafa bin Osman dan Encik Zainal Abidin bin Haji Abbas. Keanggotaan jawatankuasa ini semakin meningkat 60 orang anggota, oleh itu pada 29 Mei 1949, Dato’ Onn telah mencadangkan supaya masyarakat Melayu membuka keanggotaan UMNO kepada bangsa lain supayan masyarakat dapat bersatupadu tetapi usul ini ditentang keras oleh masyarakat Melayu kerana mereka beranggapan UMNO adalah untuk orang Melayu. Hal ini telah menyebabkan Dato’ Onn tetap tidak berputus asa dan terus berusaha untuk menyatukan masyarakat berbilang kaum di Tanah Melayu dan ingin menjadikan UMNO sebagai United Malay. Namun masyarakat Melayu terus menentang hasrat Dato’ Onn dan hal ini menyebabkan beliau mengambil keputusan untuk meletak jawatan sebagai Yang Dipertua Agung UMNO dan beliau tetap dengan pendirian beliau untuk menubuhkan parti yang menyatukan semua kaum.
Oleh kerana Dato’ Onn tidak mendapat sokongan masyarakat Melayu untuk menyatupadukan kaum-kaum di Malaysia, kemudian beliau menubuhkan parti baru iaitu Parti Kemerdekaan Malaya atau IMP pada 20 Mei 1950 yang bertujuan untuk menyatupadukan seluruh kaum di Tanah Melayu serta mendapat sokongan mereka. Namun gerakan IMP tidak memberangsangkan minda masyarakat di Tanah Melayu untuk bersatupadu dan IMP dibubarkan rentetan daripada segelintir masyarakat Cina yang pada mulanya menyertai IMP beralih kepada parti gabungan yang dipimpin  oleh Tunku Abdul Rahman iaitu MCA yang digabungkan dengan UMNO untuk mencapai kemerdekaan. Pada ketika itu terdapat parti-parti baru yang ditubuhkan seperti Malayan Indian Congress (MIC), Parti Kebangsaan Melayu, Parti Islam Se-Tanah Malaya (PAS), Parti Progresif Rakyat, Parti Rakyat dan Parti Buruh. Oleh sebab IMP tidak mendapat sokongan masyarakat di Tanah Melayu, Dato’ Onn telah menubuhkan parti bersifat global iaitu Parti Kebangsaan Malaya yang memperjuangkan matlamat yang sama seperti IMP.
Pada Mac 1954, Parti Negara ditubuhkan yang bermatlamat untuk membentuk sebuah kerajaan yang memerintah di Persekutuan Tanah Melayu menurut konsep demokrasi, mewujudkan bangsa Melayu dengan satu kerakyatan bagi seluruh Persekutuan Tanah Melayu, Islam agama rasmi persekutuan dan berusaha memajukan rakyat dari aspek sosial dan ekonomi. Pada 18 Ogos 1954, Dewan Perundangan Persekutuan telah meluluskan pindaan perlembagaan bagi persekutuan Tanah Melayu. Pada 27 Julai 1955, pengumuman pilihan raya akan diadakan dan disebabakan itu Dato’ Onn bertindak meletak jawatan sebagai Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri untuk menumpukan kepada Parti Negara kerana parti ini akan ditentang oleh Parti Perikatan. Pada saat ini, Dato’ Onn telah menyertai pilihan raya sebanyak tiga kali iaitu pertama di kawasan Johor yang kalah dengan Dato’ Sulaiman bin Dato’ Abdul Rahman daripada parti perikatan, kedua pada Julai 1957, beliau mencuba nasib di kawasan Batu Pahat yang juga kalah dengan Dato’ Syed Esa Alwi daripada perikatan dan pada tahun 1959 beliau cuba bertanding sebagai Parti Negara di Terengganu dan beliau berjaya mengalahkan calon Engku Mohsin daripada Parti Perikatan. Kemenangan terakhir ini menyebabkan Dato’ Onn semakin aktif berkempen dan memperjuangkan soal kerakyatan, hak keistimewaan orang Melayu, pendidikan, ekonomi dan Tanah Simpanan Melayu.
Dari Aspek Ekonomi 
            Penubuhan UMNO juga menekankan aspek pembangunan ekonomi masyarakat Melayu. Sumbangan dan usaha Dato’ Onn dalam memajukan masyarakat Melayu sangat bermakna sehingga kini kerana kita dapat lihat peratusan kaum Melayu terlibat dalam aktiviti ekonomi semakin meningkat. Perhimpunan Agung UMNO turut menggubal Rancangan Lima Tahun yang menekankan ekonomi dalam kalangan masyarakat Melayu yang berlandaskan objektif UMNO  iaitu menambah pendapatan dan modal, menggalakkan penyertaan dalam dunia perniagaan, menubuhkan sekolah teknik dan melatih golongan muda terhadap pelbagai kemahiran.
            Semasa Dato’ Onn menjadi Presiden UMNO, beliau sentiasa membela nasib masyarakat Melayu yang mundur berbanding masyarakat lain dengan menubuhkan Lembaga Perusahaan dan Kemajuan Kampung (RIDA) yang kini dikenali sebagai Majlis Amanah Rakyat (MARA) pada pertengahan tahun 1950 di Kuala Lumpur yang dipengerusikan oleh beliau sendiri. RIDA ditubuhkan bertujuan untuk menggalakkan masyarakat Melayu menceburi bidang ekonomi. RIDA memberi bantuan kepada masyarakat Melayu yang tinggal di kampong supaya menghasilkan produk bernilai komersial dan RIDA akan memasarkan produk tersebut dipasaran domestik sehinggalah mereka dapat mengurus sendiri dan mereka akan mengambil alih perniagaan tersebut. RIDA juga memastikan masyarakat Melayu mendapat pendidikan sempurna supaya mereka dapat mengubah nasib serta masa hadapan mereka akan datang.

Dari Aspek Sosial 
             Sumbangan Dato’ Onn Jaafar dari aspek sosial dapat dilihat melalui prinsip beliau yang utuh untuk menyatupadukan masyarakat berbilang kaum di Tanah Melayu melalui sebuah penubuhan Parti seperti IMP, Parti Kemerdekaan Malaya dan Parti Negara. Beliau cuba memupuk semangat nasionalisme dan perpaduan dalam kalangan masyarakat Melayu, Cina dan India untuk bersatupadu memperoleh kemerdekaan bersama. Namun tindakan Dato’ Onn ditentang oleh orang Melayu kerana mereka risau kedudukan mereka akan tergugat di Tanah Melayu. Pelbagai usaha dilakukan oleh beliau untuk menaruh kepercayaan kepada rakyat dengan menyatakan hasrat beliau bahawa masyarakat di Tanah Melayu perlu bersatupadu sebagai satu kerakyatan yang memperjuangkan kemerdekaan bersama. Contohnya, beliau berjaya menarik pengaruh orang Cina dan India untuk menyertai IMP tetapi ditentang oleh kaum Melayu melalui penubuhan parti gabungan perikatan dan secara tidak langsung telah menarik pengaruh kaum Cina dan India menyertai UMNO, MIC dan MCA. Dengan penubuhan IMP dapat dilihat suara ketiga-tiga kaum utama di Tanah Melayu ini iaitu Melayu, India dan Cina mendapat perhatian dalam persidangan. Dato’ Onn cuba mewujudkan sebuah parti yang adil dan masyarakat yang harmoni serta bersama-sama memperjuangkan kemerdekaan untuk satu kerakyatan bukanlah memperjuangkan kemerdekaan mengikut kaum masing-masing. Hal ini akan meninggalkan kesan kepada masyarakat pada masa akan datang dan proses integrasi dan perpaduan dalam kalangan masyarakat semakin sukar dipupuk. Pelbagai usaha Dato’ Onn untuk menarik minat dan memupuk kepercayaan masyarakat dalam membentuk sebuah masyarakat majmuk yang bersatupadu, namun usaha beliau tidak mendapat sokongan oleh masyarakat terutamanya masyarakat Melayu.
#malas baca buku, baca ja blog nie ^_^

13 comments:

  1. itu semua sumbangan dato onn jaafar kah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yg ni je sy cari..kamu bole cari lagi untuk penambahan..banyakkan baca��

      Delete
  2. tq sbb blog awak lah sya boleh dpt smua info sekelip mata psal beliau tq so much

    ReplyDelete
  3. tq because of this...............................i love this...i just come back from england so i like this.....i dont know how to speak malay.but i malay...my mom does'n tell me...bye thank

    ReplyDelete
    Replies
    1. But your English is so bad, are you sure you just came back from England?

      Delete
    2. some of action man please dont lie the people to make us believe you then you will be proud right if we believe you be yourself man KUN ANTA

      Delete
    3. Bro, pls dont lie, r u sure from England because u have so many grammatical errors. If u are from England,, the white chicks there would actually suicide after listening to ur,god knows what kind of English.thus,r u sure that u dont know how to speak malay or u accidentally typed it. I think our pm has better english than u. What a shame of u.

      Delete
  4. Haha stop mention about england guys😂

    ReplyDelete

NOTA PADAT GEOGRAFI TINGKATAN 1,2 DAN PT3

Nota Padat Geografi Tingkatan 1 Nota Padat Geografi Tingkatan 2 Nota Padat PT3