Thursday 23 May 2019

PM Dr. Mahathir Mohamad- Wawasan 2020 dan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030

Ini adalah ulasan ringkas antara strategi pembangunan yang diutarakan oleh PM Dr. Mahathir Mohamad antara Tahun 2020 dan Tahun 2030 dibawah kepimpinan parti yang berbeza.


Wawasan 2020

  1. Mewujudkan negara Malaysia yang bersatu.
  2. Mewujudkan masyarakat yang berjiwa bebas.
  3. Membangunkan masyarakat demokrasi yang matang.
  4. Mewujudkan masyarakat yang penuh bermoral dan beretika.
  5. Mewujudkan masyarakat liberal dan bertolak ansur (bebas mengamalkan agama, adat dan budaya)
  6. Mewujudkan masyarakat berdaya saing, masyarakat sainstifik dan progresif.
  7. Mewujudkan masyarakat penyayang.
  8. Pengagihan kekayaan secara adil.
  9. Mewujudkan masyarakat makmur (ekonomi).

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030

3 Objektif  Utama Wawasan Kemakmuran Negara:

  1. Kemakmuran bersama adalah untuk memastikan jurang kekayaan dan pendapatan rakyat dapat ditangani.
  2. Kemakmuran bersama adalah model pembangunan baharu untuk semua.
  3. Kemakmuran bersama adalah untuk Malaysia yang lebih cemerlang dan menjadi salah satu paksi ekonomi penting di Asia.

7 Teras Strategik bagi mencapai kemakmuran negara:

  1. Pengstrukturan dan penambahbaikan eko sistem perniagaan dan industri negara supaya kekal relevan.
  2. Sektor pertumbuhan baharu.
  3. Reformasi bakat dan sumber tenaga negara.
  4. Memperbaiki pasaran buruh dan pendapatan kerja.
  5. Memperkukuhkan kesejahteraan sosial.
  6. Pembangunan wilayah yang inklusif.
  7. Peningkatan modal masyarakat.
Ulasan yang dapat dinyatakan berdasarkan 9 Cabaran Wawasan 2020 yang diutarakan oleh PM Malaysia kita ialah Cabaran 1,2, 3, 4,dan 5 hampir 80 peratus tercapai. Hal ini dibuktikan melalui hasil keputusan Pilihan Raya Umum 2018. Seluruh rakyat Malaysia bersatu disamping menunaikan tanggungjawab masing-masing sebagai rakyat yang bertanggungjawab dalam pilihan raya lalu. Kemenangan Pakatan Harapan menakluk parlimen jelas menunjukkan seluruh rakyat Malaysia bersatu dengan kata sepakat untuk menukar dan mencuba pemerintahan baharu setelah sekian lama pemerintahan kita dikuasai oleh Barisan Nasional iaitu hampir 60 Tahun pemerintahan. Kemenangan ini dibuktikan dengan keputusan PRU 2018 iaitu Pakatan Harapan mendahului parti lain di peringkat Parlimen dengan kemenangan sebanyak 113 kerusi dan 226 kerusi di peringkat DUN. Hal ini secara tidak langsung menunjukan cabaran Wawasan 2020 kedua juga turut tercapai iaitu masyarakat berjiwa bebas dengan menyatakan hak-hak mereka dan pembentukan masyarakat demokrasi yang matang (Wawasan 2020 ketiga).Cabaran Wawasan 2020 keempat juga turut apabila rakyat menunjukkan tindakan positif selepas peristiwa BERSIH 2011. Cabaran kelima, hakikatnya rakyat di Malaysia telah mencapai integrasi sebanyak 70 peratus. Hal ini kerana jika di lihat suasana masyarakat yang saling bergantung satu sama lain adalah lebih makmur berbanding masyarakat yang digambarkan oleh pemimpin politik di Malaysia. Sebagai contoh dalam sesebuah organisasi yang mempunyai penyertaan rakyat berbilang kaum, namun mereka tetap menerima antara satu sama lain dan saling menghormati bahkan saling mempelajari nilai budaya dan agama masing-masing. Hal ini secara tidak langsung telah dititip hati bagi rakyat Malaysia untuk mengukuhkan hubungan sebagai bangsa Malaysia dan mayarakat penyayang (Wawasan 2020 ketujuh).
Manakala, cabaran Wawasan 2020 yang keenam, lapan dan sembilan, masih 60 peratus masih diusahakan. Hal ini kerana masyarakat Malaysia masih lagi perlu mewujudkan budaya ekonomi yang saksama, dan lebih agresif terutama dari segi peningkatan pendapatan rakyat.


Disamping itu, 7 strategik bagi mencapai Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 juga menghuraikan fokus strategi pembangunan negara jangka masa lama. Selepas mengharungi Malaysia baharu, strategi ini merupakan satu panduan untuk pembangunan negara yang mampan.


NOTA PADAT GEOGRAFI TINGKATAN 1,2 DAN PT3

Nota Padat Geografi Tingkatan 1 Nota Padat Geografi Tingkatan 2 Nota Padat PT3