Saturday 18 January 2020

Rezeki yang Allah jaga.. Syukur.

Pengakhiran 2019 dengan satu ikatan yang murni.
Rezeki dan jodoh sebenarnya tak boleh diramal, yang penting beriman padaNya. Perkenalan yang lama, perjalanan cerita berbeza akhirnya Allah tulis jodoh dengan seseorang yang ikhlas dengan kita. It was great thing happen in my life. Thanks love, MAH. 
Rezeki Allah hantar dengan pengalaman. Yap, experience is most value than money. We cannot gain more income if we don't have experience. Masa ni abah pon operation jantung kat Alor Setar 29/10/2019.
Pengalaman pon rezeki. Moga ada keberkatan dari semua yang tertulis ni. Im the one happy what god was writen for me. Alhamdulilah. 



Thursday 23 May 2019

PM Dr. Mahathir Mohamad- Wawasan 2020 dan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030

Ini adalah ulasan ringkas antara strategi pembangunan yang diutarakan oleh PM Dr. Mahathir Mohamad antara Tahun 2020 dan Tahun 2030 dibawah kepimpinan parti yang berbeza.


Wawasan 2020

  1. Mewujudkan negara Malaysia yang bersatu.
  2. Mewujudkan masyarakat yang berjiwa bebas.
  3. Membangunkan masyarakat demokrasi yang matang.
  4. Mewujudkan masyarakat yang penuh bermoral dan beretika.
  5. Mewujudkan masyarakat liberal dan bertolak ansur (bebas mengamalkan agama, adat dan budaya)
  6. Mewujudkan masyarakat berdaya saing, masyarakat sainstifik dan progresif.
  7. Mewujudkan masyarakat penyayang.
  8. Pengagihan kekayaan secara adil.
  9. Mewujudkan masyarakat makmur (ekonomi).

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030

3 Objektif  Utama Wawasan Kemakmuran Negara:

  1. Kemakmuran bersama adalah untuk memastikan jurang kekayaan dan pendapatan rakyat dapat ditangani.
  2. Kemakmuran bersama adalah model pembangunan baharu untuk semua.
  3. Kemakmuran bersama adalah untuk Malaysia yang lebih cemerlang dan menjadi salah satu paksi ekonomi penting di Asia.

7 Teras Strategik bagi mencapai kemakmuran negara:

  1. Pengstrukturan dan penambahbaikan eko sistem perniagaan dan industri negara supaya kekal relevan.
  2. Sektor pertumbuhan baharu.
  3. Reformasi bakat dan sumber tenaga negara.
  4. Memperbaiki pasaran buruh dan pendapatan kerja.
  5. Memperkukuhkan kesejahteraan sosial.
  6. Pembangunan wilayah yang inklusif.
  7. Peningkatan modal masyarakat.
Ulasan yang dapat dinyatakan berdasarkan 9 Cabaran Wawasan 2020 yang diutarakan oleh PM Malaysia kita ialah Cabaran 1,2, 3, 4,dan 5 hampir 80 peratus tercapai. Hal ini dibuktikan melalui hasil keputusan Pilihan Raya Umum 2018. Seluruh rakyat Malaysia bersatu disamping menunaikan tanggungjawab masing-masing sebagai rakyat yang bertanggungjawab dalam pilihan raya lalu. Kemenangan Pakatan Harapan menakluk parlimen jelas menunjukkan seluruh rakyat Malaysia bersatu dengan kata sepakat untuk menukar dan mencuba pemerintahan baharu setelah sekian lama pemerintahan kita dikuasai oleh Barisan Nasional iaitu hampir 60 Tahun pemerintahan. Kemenangan ini dibuktikan dengan keputusan PRU 2018 iaitu Pakatan Harapan mendahului parti lain di peringkat Parlimen dengan kemenangan sebanyak 113 kerusi dan 226 kerusi di peringkat DUN. Hal ini secara tidak langsung menunjukan cabaran Wawasan 2020 kedua juga turut tercapai iaitu masyarakat berjiwa bebas dengan menyatakan hak-hak mereka dan pembentukan masyarakat demokrasi yang matang (Wawasan 2020 ketiga).Cabaran Wawasan 2020 keempat juga turut apabila rakyat menunjukkan tindakan positif selepas peristiwa BERSIH 2011. Cabaran kelima, hakikatnya rakyat di Malaysia telah mencapai integrasi sebanyak 70 peratus. Hal ini kerana jika di lihat suasana masyarakat yang saling bergantung satu sama lain adalah lebih makmur berbanding masyarakat yang digambarkan oleh pemimpin politik di Malaysia. Sebagai contoh dalam sesebuah organisasi yang mempunyai penyertaan rakyat berbilang kaum, namun mereka tetap menerima antara satu sama lain dan saling menghormati bahkan saling mempelajari nilai budaya dan agama masing-masing. Hal ini secara tidak langsung telah dititip hati bagi rakyat Malaysia untuk mengukuhkan hubungan sebagai bangsa Malaysia dan mayarakat penyayang (Wawasan 2020 ketujuh).
Manakala, cabaran Wawasan 2020 yang keenam, lapan dan sembilan, masih 60 peratus masih diusahakan. Hal ini kerana masyarakat Malaysia masih lagi perlu mewujudkan budaya ekonomi yang saksama, dan lebih agresif terutama dari segi peningkatan pendapatan rakyat.


Disamping itu, 7 strategik bagi mencapai Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 juga menghuraikan fokus strategi pembangunan negara jangka masa lama. Selepas mengharungi Malaysia baharu, strategi ini merupakan satu panduan untuk pembangunan negara yang mampan.


Thursday 26 July 2018

Tiga Peringkat Kecekapan dan Mutu Perkhidmatan dalam Perkhidmatan Awam

Takrif kecekapan mengikut International Law Book Sevices ialah sesuatu tindakan atau perbuatan individu atau kumpulan individu atau organisasi yang dilakukan dengan cepat, tepat dan sempurna.
Manakala, takrif bagi perkataan mutu ialah satu ukuran darjat bagi sesuatu perbuatan, tindakan atau persembahan yang dilihat bukan sahaja daripada perspektif personal awam tetapi penilaian yang dibuat oleh rakyat.
Kecekapan dan mutu ini boleh disimpulkan sebagai satu tahap pencapaian yang tinggi yang perlu diusahakan oleh perkhidmatan awam.
Kecekapan dan mutu perkhidmatan awam boleh dilihat dalam tiga peringkat:

(a) Individu atau kumpulan individu iaitu pegawai awam
Bagi peringkat ini, mutu perkhidmatan boleh dilihat dari segi kebolehan, kemampuan dan kemahuan mereka melaksanakan tanggungjawab mereka.

(b) Organisasi,jabatan, sektor
Bagi peringkat ini, mutu perkhidmatan akan dilihat melalui kemampuan dan kebolehan jabatan tersebut  merancang, melaksanakan aktiviti-aktiviti dan program-program, di samping kebolehan menyelaraskan aktiviti di jabatannya dengan jabatan lain.

(c) Kerajaan dan Negara
Bagi peringkat ini, kecekapan dan mutu perkhidmatan dilihat daripada kecekapan kerajaan-kerajaan negeri dan persekutuan dari sudut kebolehan menggubal undang-undang dan dasar-dasar pembangunan negeri dan negara. 

Sunday 19 March 2017

PARLIMEN PADANG SERAI (P17), KEDAH PRU 2013

Parlimen Padang Serai (P17), Kedah.

Parlimen Padang Serai (P17), Kedah telah mencatatkan keputusan undian tertinggi pada PRU ke-13 iaitu menang keseluruhan undi kepada Yang Berhormat Tuan N. Surendran A/L K. Nagarajan, wakil calon PKR. Beliau memperolehi undian sebanyak 34,151 undi dengan menewaskan wakil calon BN, Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (BERJASA) dan dua orang wakil calon bebas (SPR, 2013). Padang Serai dikenali sebagai sebuah kawasan bandar kecil (Rajah 1) yang mempunyai jumlah pengundi seramai 51, 788 orang pada tahun 2003 dan jumlah ini meningkat kepada 74, 095 orang pengundi berdaftar pada tahun 2013 (Arkib Harakah Daily, 2017). Keluasan Parlimen Padang Serai (P17), Kedah berdasarkan rekod persempadanan semula yang dilakukan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya pada tahun 2003, menunjukkan keluasan sebanyak 352 km². Terdapat dua DUN dibawah pentadbiran parlimen ini iaitu DUN Merbau Pulas (N33) yang ditawan oleh PAS dan DUN Lunas (N34) yang dimenangi oleh PKR.
Rajah 1: Peta Kawasan Parlimen Negeri Kedah (http://undi.info/kedah/p/2013/P17)
 Persempadanan kawasan pilihan raya bagi Parlimen Padang Serai (P17), Kedah mula dibentuk pada tahun 1974. Berdasarkan keputusan pilihan raya umum yang diperolehi dari tahun 1974, 1978, 1982, 1986, 1990, 1995, 1999 dan tahun 2004, menunjukkan kawasan Parlimen Padang Serai (P17), Kedah dimenangi oleh BN (SPR, 2017). Pada tahun 1986, bahagian kawasan pilihan raya bagi Parlimen Padang Serai, Kedah dibawah kod (P15) sehingga tahun 1995 kawasan ini berubah kepada Parlimen Padang Serai (P17), Kedah dan sehingga kini. Pada tahun 1986 iaitu keputusan PRU ke-7, kawasan Parlimen Padang Serai (P15), dimenangi oleh Yang Berhormat Chew Kam Hoy, wakil calon BN iaitu memperolehi menang majoriti undi sebanyak 19, 246 undi dengan mengalahkan wakil calon PAS iaitu Yang Berhormat Mohd Radzi Bin Hj Hussain yang memperolehi undian sebanyak 8, 320 undi. Seterusnya, keputusan PRU ke-8 pada tahun 1990 di Parlimen Padang Serai (P15), Kedah dimenangi oleh Yang Berhormat Lim Lay Hoon, wakil calon BN iaitu menang undi sebanyak 19, 157 undi dan berjaya menewaskan serentak wakil calon DAP serta wakil calon PAS. Keputusan PRU ke-9 pada tahun 1995, menunjukkan kawasan Parlimen Padang Serai (P17), Kedah masih dipimpin oleh YB Lim Lay Hoon iaitu menang undi sebanyak 27, 844 undi dengan menewaskan wakil dari calon bebas. Kemudian BN memenangi majoriti undi di kawasan Parlimen Padang Serai (P17), pada tahun 1999 iaitu pada PRU ke-10, memperlihatkan Yang Berhormat Lim Bee Kau, wakil calon BN berjaya meraih undian sebanyak 27,395 undi dengan mengalahkan Yang Berhormat Saifuddin Nasution Bin Ismail, wakil calon PKR yang hanya memperolehi undian sebanyak 18, 023 undian.  Menjelang PRU ke-11 iaitu pada tahun 2004, Yang Berhormat Lim Bee Kau, wakil calon BN memenangi undian sebanyak 26, 269 undi di Parlimen Padang Serai (P17), Kedah dengan mencantas undian Yang Berhormat Saifuddin Nasution Bin Ismail, wakil calon PKR, iaitu memperolehi undian sebanyak 15, 953 undi. Namun jumlah undian ini, menunjukkan jumlah undian calon BN makin menurun berbanding jumlah undian calon BN pada PRU ke-10.
Tonggak kepimpinan BN di kawasan Parlimen    Padang Serai (P17), Kedah tidak lagi boleh dibanggakan oleh parti pemerintah negara Malaysia. Hal ini kerana terdapat pelbagai kekangan politik yang masih belum diselesaikan di parlimen tersebut sehinggakan BN kalah undi di parlimen Padang Serai (P17), Kedah sebanyak dua kali sidang pilihan raya umum negara iaitu pada tahun 2008 dan tahun 2013. Buktinya, keputusan PRU ke-12 dan PRU ke-13 telah menunjukkan undian rakyat memihak dan memberi seluruh kepercayaan kepada wakil calon dari Pakatan Rakyat iaitu PKR. Pada tahun 2008 iaitu era “tsunami” politik negara, keputusan PRU ke-12 mengumumkan Parlimen Padang Serai (P17), Kedah jatuh kepada Yang Berhormat Gobalakrishnan A/L Nagapan iaitu wakil calon PKR, yang meraih jumlah undian sebanyak 28, 774 undi dan beliau berjaya menewaskan wakil calon BN iaitu Yang Berhormat Boey Chin Gan, yang meraih undian sebanyak 17, 036 undi. Manakala pada tahun 2013 iaitu keputusan PRU ke-13 mengumumkan kemenangan masih disandang oleh wakil calon PKR iaitu Yang Berhormat Tuan N. Surendran A/L K. Nagarajan. Perbandingan jumlah undian antara kedua-dua calon PKR yang menang majoriti di peringkat Parlimen Padang Serai (P17), Kedah pada keputusan PRU ke-12 dan PRU ke-13 adalah sangat memberangsangkan bagi PKR iaitu pada PRU-13, Yang Berhormat Tuan N. Surendran A/L K. Nagarajan meraih undian tertinggi berbanding keputusan PRU-12 yang diwakili Yang Berhormat Gobalakrishnan A/L Nagapan. Perbezaan jumlah undian pada keputusan PRU-12 dan PRU-13 adalah meningkat sebanyak 5,377 undi. Hal ini membuktikan pengundi di Parlimen Padang Serai (P17), Kedah semakin mempercayai kepimpinan yang dibawa oleh PKR selama dua kali sidang pilihan raya umum Negeri Kedah. Berdasarkan rekod keputusan PRU pada tahun 1986 sehinggalah tahun 2013, menunjukkan BN telah memerintah Parlimen Padang Serai (P17), Kedah selama 25 tahun iaitu sebanyak lima kali sidang pilihan raya umum pada tahun 1986, 1990, 1995, 1999 dan tahun 2004. Manakala, PKR telah memerintah Parlimen Padang Serai (P17), Kedah selama hampir 10 tahun iaitu menang dua kali sidang PRU tahun 2008 dan tahun 2013 (Jadual 1).

Jadual 1: Jumlah Bilangan Undi Dalam Keputusan Pilihan Raya Umum Bagi Tahun 1974, 1978, 1982, 1986, 1990, 1995, 1999, 2004, 2008 dan Tahun 2013 Mengikut Parti-parti Yang Bertanding di Parlimen Padang Serai.

Tahun
Calon
Jumlah Undi
Majoriti
%
Parti Menang
1974[1]
Lim Ah Ying @ Kiam Hoon (BN)

MTB
MTB
BN
1978





1982
Tan Kow Kia @ Tan Kok Hooi (BN)
Ramley Bin Ismail (BEBAS)
Khatib Shorbaini Bin Hassan (PAS)

18043
906
6183
11860
48.95
BN
1986
Chew Kam Hoy (BN)
Mohd Radzi Bin Hussain (PAS)

19246
8320
10926
73.04
BN
1990
Lim Lay Hoon (BN)
Ustaz Wahab (PAS)
Karuppalah A/L Ramasamy (DAP)

19157
6657
5360
12500
73.67
BN
1995
Lim Lay Hoon (BN)
Tan Kee Chye (BEBAS)
Ahmad Bin Awang (S46)

27844
1177
11291
16553
70.57
BN
1999
Lim Bee Kau (BN)
Saifuddin Nasution Bin Ismail (PKR)

27395
18023
9372
72.75
BN
2004
Lim Bee Kau (BN)
Saifuddin Nasution Bin Ismail (PKR)

26269
15953
10316
80.31
BN
2008
Boey Chin Gan (BN)
Gobalakrishnan A/L Nagapan (PKR)

17036
28774
11738
79.58
PKR
2013
Heng Seai Kie (BN)
N. Surendran A/L Nagarajan (PKR)
Hamidi Bin Abu Hassan (BERJASA)
Othman Bin Wawi (BEBAS)
Gobalakrishnan A/L Nagapan (BEBAS)
25714
34151
2630
279
390


8437
87.20
PKR
Sumber: Keputusan Pilihan Raya, Suruhanjaya Pilihan Raya (2017).



[1] Persempadanan Parlimen Padang Serai

PRU 2008 & PRU 2013

 Pilihan Raya Umum 2008
Keputusan Pilihan Raya Umum (PRU) ke- 12 telah diumumkan pada 9 Mac 2008,  keputusan ini menunjukkan Malaysia dilanda peristiwa “tsunami” politik yang mengejutkan parti politik Barisan Nasional (BN) dan parti Pakatan Rakyat (PR) (Azman, 2008). Apabila keputusan PRU ke-12 diumumkan menunjukkan BN hilang majoriti 2/3 di parlimen iaitu hanya memenangi 140 kerusi (majoriti 2/3 ialah 148 kerusi) dari 222 kerusi yang dipertandingkan, manakala pakatan pembangkang memenangi 82 kerusi (SPR, 2008). Manakala, di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN), BN memenangi 306 kerusi dan PR memenangi 199 kerusi daripada keseluruhan jumlah 505 kerusi. Bagi undi keseluruhan BN memperolehi 4.0 Juta undi, manakala PR memperolehi 3.7 Juta undi (Jadual 1). Keputusan ini telah memberi satu tamparan hebat kepada BN kerana BN kehilangan kuasa di 5 buah negeri iaitu Pulau Pinang, Perak, Kedah, Selangor dan Kelantan. Rentetan peristiwa “tsunami” politik 2008 ini telah memberi pengajaran kepada seluruh warganegara Malaysia menjelang PRU ke-13.

Pilihan Raya Umum 2013
Pasca PRU ke-13, merupakan pilihan raya yang paling sengit di dalam sejarah pilihan raya di Malaysia kerana memperlihatkan kebangkitan generasi muda dalam menuntut peralihan tampuk pemerintahan yang selama ini dimonopoli oleh kerajaan BN selama 54 tahun. Buktinya, peristiwa demonstrasi jalanan atau lebih dikenali sebagai Bersih 2.0 yang berlaku pada 9 Julai 2011, jelas menunjukkan desakan barisan pembangkang dan golongan muda terhadap kerajaan pada ketika itu (Amalina, 2012). Pada tanggal 5 Mei 2013, keputusan PRU ke-13 telah diumumkan dan menunjukkan BN masih memegang tampuk pemerintahan dengan memenangi 133 kerusi di parlimen, manakala PR memenangi 89 kerusi (Kee, 2013). Jika dibandingkan dengan keputusan PRU 2008, berlaku penurunan kerusi di parlimen bagi parti BN sebanyak 7 kerusi dan bagi PR pula, berlaku peningkatan prestasi kemenangan jumlah kerusi di peringkat parlimen. Keputusan PRU ke-13 di peringkat DUN menunjukkan BN memenangi 275 kerusi daripada keseluruhan 505 kerusi dan PR memenangi 230 kerusi. Bagi keseluruhan jumlah undi pada PRU ke-13, BN memperolehi 5.2 juta undi, manakala PR memperolehi 5.5 juta undi (Jadual 1).

Jadual 3: Perbandingan Bilangan Kerusi dalam Pilihan Raya Umum 2008 dan 2013.

Pilihan Raya Umum 2008
Pilihan Raya Umum 2013
Parlimen


Barisan Nasional
140
133
Pakatan Rakyat
82
89
Dewan Undangan Negeri


Barisan Nasional
306
275
Pakatan Rakyat
199
230
Undi Keseluruhan


Barisan Nasional
4.0 Juta undi
5.2 Juta undi
Pakatan Rakyat
3.7 Juta undi
5.5 Juta undi

Sumber: Diubahsuai daripada (Jamaie et. al, 2014) dan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (2013 & 2008).

Sunday 9 October 2016

Pendidik tidak bergaji😸

Assalammualaikum...pendidik tidak bergaji yang sentiasa dinilai oleh mata masyarakat. Walaupun hakikatnya tetap dianggap seorang pendidik yang tidak bergaji, tidak dihargai dan sentiasa dipandang rendah oleh golongan-golongan profesional di SMK Kampung... Coretan ini hanya ingin cerita pengalaman aku berpraktikum di SMK Kampung selama 4 bulan iaitu bermula dari 11 Julai aku mula lapor diri sehinggalah 4 November 2016 aku pencen dari praktikum hehe..
First time melawat SMK kampung..
 3 Julai, aku dan suhana datang ke SMK Kampung.. naik bas je..emm maklum la tak nak menyusahkan mak abah..mak abah pun tak berharta, cukup la sekadar merantau di tempat orang bebekalkan doa mak abah. Aku dari stesen bas Kulim ke Amanjaya, Ipoh. Suhana dari stetsen bas Pasir Gudang ke TBS ke Amanjaya, Ipoh. Kami janji jumpa kat Amanjaya, ipoh. Dari Amanjaya, ipoh ke Medan Kidd. Bas untuk ke SMK Kampung ni bas no 91, mula2 tak tau nak turun bas kat mana, kami turun kat depan Aeon Stations 18 pastu call teksi untuk ke rumah sewa.

Perak Transit/ My Bas
Hidup berpraktikal ni kalau boleh tak mau menyusahkan mak abah, emm maklum la aku jasa dengan mak abah pun tak dak lagi. So masa praktikal ni aku pilih cari rumah sewa paling dekat dengan sekolah dan aku tak minta transport pon kat mak abah. Emm sbb jadi cikgu ni tak dijanjikan posting, so aku takut la kalau aku banyak menyusahkan mak abah tengak2 tak dapat pon posting. Nasib kita, kita tak tahukan. So berusaha, doa dan tawakal je. Alhamdulilah, Allah tolong aku dapat rumah paling dekat dengan sekolah hehe. Rumah ni 5 minit je kami hari2 jalan kaki ke sekolah hehe. Masa dok rumah ni semua orang kata ni kampung setinggan, emm aku kuatkan mind set aku hidup jugak kat rumah ni selama 4 bulan praktikal.

Kampung Sri Murni
Praktikal kat SMK Kampung ni ada 6 orang cikgu praktikal. Aku dan suhana,cikgu Sejarah & Pendidikan Sivik dan kewarganegaraan. Azimah dan Hidayah, Cikgu Bahasa Melayu. Munirah dan Fakhira, Cikgu Matematik. First time masuk sekolah ni, krik2 je tak tau nak buat apa, kami tak dapat tempat lagi kat bilik guru dan tempat first kami kat bilik Kaunseling.


Cikgu Suhana, Cikgu Azimah, Cikgu Atikah, Cikgu Hidayah, Cikgu Fakhira dan Cikgu Munirah.

Ni pulak gambo tuan rumah kami, Haji Din. hehe. Gambar bawah tu gambar sambut Hepi bezday cucu Cik Din, pastu tak sangka la jumpa student yang kami ajar. Start dari tu semua orang tau kami dok kat rumah Cik Din @ ayah Aisyah Jamaludin.

Tuan rumah kite.

Student Cg Suhana
First event yang kami join kat SMK Kampung...

Hari persaraan Cikgu Salehudin & Jamuan raya.



Cikgu Suhaila, guru pembimbing kami.
Event seterusnya....

Hari Kokurikulum






Event seterusnya.....
Sambutan Kemerdekaan Smkkppi


Nie kad merdeka dari awang kecik Iskandor hehe.



Event seterusnya......
Pertandingan Sajak Bulan Kemerdekaan
Event seterusnya....


LADAP Bowling SMKKPPI




My Rumet UPSI
Event seterusnya....
Latihan Kebakaran SMKKPPI





Event seterusnya...
Lepas habis majlis solat hajat PT3, SPM & STPM.

Nan Cafe, Ipoh.

Event seterusnya.....
Hari Sukan Negara, PPD Kinta Utara
Bersama PK Pentadbiran Smkkppi

Team Fantastic


Terjumpa mek miaw ketot ni plak hihi.

School like a museum. SMK Anderson School, 1909.

Mural SMK Kampung...


  • Mural Pertama


First mural kami.

Area taman burung smkppi, tapi tak ada burung pun hehe.


  • Mural Kedua




Area taman berdekatan kantin smkppi.



kenangan ni huhu. sempat lagi pekena cendoiiiiiiiii huhu.



  • Mural Ketiga (Projek Cikgu Pelatih)



Projek mural cikgu pelatih- pentas utama smkppi.

kami berenam bukan darah seni pon, tapi cuba juga la design yg agak susah ni hehe.

 #fasapertama huhu.


Bantuan budak PT3 yang dah habis exam hehe.


Nak tau masa nak siapkan projek ni, ada isu langsir stage yg tiba-tiba cikgu seni tukar warna-warni langsir tu haha. Emm masa tu macam-macam jadi hehe, malas nak cerita laa, biarlah jadi kenangan kita berenam huhu. #Result


Pensyarah penyeliaan kami, Puan Marshelayanti...

First time pencerapan pensyarah.


LADAP SMKPPI - Hi-Tea


Kami jadi AJK Hadiah dan Pendaftaran masa ni hehe.

oopss, peace dengan barisan PK Pentadbir pulak huhu.

Minggu Peperiksaan Akhir Tahun Tingkatan 4, SMKPPI.




Tahun ni je kita jumpa, untuk SPM cikgu mampu doa kamu semua berjaya dan jadi manusia berguna yea.

Kenangan pelajar-pelajar SMKKPPI

4 Kemanusiaan Grafik Komputer

4KGK

4 Vokalsional Penyediaan Makanan

4 Sains 2

4 Sains Agama

Kenangan Hiking Bukit Kledang bersama pelajar 4SNA dan waris mereka.


Guru pelatih SMKKPPI dan SMKGR

Last kenangan sebelum balik kedah hoho.


Majlis Perpisahan Guru Pelatih

Puan Salmah dan Cikgu Azlin

Kak ju belanja kek untuk kami. wahhhh serius terharu.



Kenangan kami berenam terpahat disini.


SMK Kampung.....

Tamat latihan mengajar. Moga Allah permudahkan urusan kami dan rezeki kami semua untuk posting sebagai guru kelak. Insya Allah.





NOTA PADAT GEOGRAFI TINGKATAN 1,2 DAN PT3

Nota Padat Geografi Tingkatan 1 Nota Padat Geografi Tingkatan 2 Nota Padat PT3