Sunday 19 March 2017

PRU 2008 & PRU 2013

 Pilihan Raya Umum 2008
Keputusan Pilihan Raya Umum (PRU) ke- 12 telah diumumkan pada 9 Mac 2008,  keputusan ini menunjukkan Malaysia dilanda peristiwa “tsunami” politik yang mengejutkan parti politik Barisan Nasional (BN) dan parti Pakatan Rakyat (PR) (Azman, 2008). Apabila keputusan PRU ke-12 diumumkan menunjukkan BN hilang majoriti 2/3 di parlimen iaitu hanya memenangi 140 kerusi (majoriti 2/3 ialah 148 kerusi) dari 222 kerusi yang dipertandingkan, manakala pakatan pembangkang memenangi 82 kerusi (SPR, 2008). Manakala, di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN), BN memenangi 306 kerusi dan PR memenangi 199 kerusi daripada keseluruhan jumlah 505 kerusi. Bagi undi keseluruhan BN memperolehi 4.0 Juta undi, manakala PR memperolehi 3.7 Juta undi (Jadual 1). Keputusan ini telah memberi satu tamparan hebat kepada BN kerana BN kehilangan kuasa di 5 buah negeri iaitu Pulau Pinang, Perak, Kedah, Selangor dan Kelantan. Rentetan peristiwa “tsunami” politik 2008 ini telah memberi pengajaran kepada seluruh warganegara Malaysia menjelang PRU ke-13.

Pilihan Raya Umum 2013
Pasca PRU ke-13, merupakan pilihan raya yang paling sengit di dalam sejarah pilihan raya di Malaysia kerana memperlihatkan kebangkitan generasi muda dalam menuntut peralihan tampuk pemerintahan yang selama ini dimonopoli oleh kerajaan BN selama 54 tahun. Buktinya, peristiwa demonstrasi jalanan atau lebih dikenali sebagai Bersih 2.0 yang berlaku pada 9 Julai 2011, jelas menunjukkan desakan barisan pembangkang dan golongan muda terhadap kerajaan pada ketika itu (Amalina, 2012). Pada tanggal 5 Mei 2013, keputusan PRU ke-13 telah diumumkan dan menunjukkan BN masih memegang tampuk pemerintahan dengan memenangi 133 kerusi di parlimen, manakala PR memenangi 89 kerusi (Kee, 2013). Jika dibandingkan dengan keputusan PRU 2008, berlaku penurunan kerusi di parlimen bagi parti BN sebanyak 7 kerusi dan bagi PR pula, berlaku peningkatan prestasi kemenangan jumlah kerusi di peringkat parlimen. Keputusan PRU ke-13 di peringkat DUN menunjukkan BN memenangi 275 kerusi daripada keseluruhan 505 kerusi dan PR memenangi 230 kerusi. Bagi keseluruhan jumlah undi pada PRU ke-13, BN memperolehi 5.2 juta undi, manakala PR memperolehi 5.5 juta undi (Jadual 1).

Jadual 3: Perbandingan Bilangan Kerusi dalam Pilihan Raya Umum 2008 dan 2013.

Pilihan Raya Umum 2008
Pilihan Raya Umum 2013
Parlimen


Barisan Nasional
140
133
Pakatan Rakyat
82
89
Dewan Undangan Negeri


Barisan Nasional
306
275
Pakatan Rakyat
199
230
Undi Keseluruhan


Barisan Nasional
4.0 Juta undi
5.2 Juta undi
Pakatan Rakyat
3.7 Juta undi
5.5 Juta undi

Sumber: Diubahsuai daripada (Jamaie et. al, 2014) dan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (2013 & 2008).

No comments:

Post a Comment

NOTA PADAT GEOGRAFI TINGKATAN 1,2 DAN PT3

Nota Padat Geografi Tingkatan 1 Nota Padat Geografi Tingkatan 2 Nota Padat PT3