Sunday 19 March 2017

PARLIMEN PADANG SERAI (P17), KEDAH PRU 2013

Parlimen Padang Serai (P17), Kedah.

Parlimen Padang Serai (P17), Kedah telah mencatatkan keputusan undian tertinggi pada PRU ke-13 iaitu menang keseluruhan undi kepada Yang Berhormat Tuan N. Surendran A/L K. Nagarajan, wakil calon PKR. Beliau memperolehi undian sebanyak 34,151 undi dengan menewaskan wakil calon BN, Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (BERJASA) dan dua orang wakil calon bebas (SPR, 2013). Padang Serai dikenali sebagai sebuah kawasan bandar kecil (Rajah 1) yang mempunyai jumlah pengundi seramai 51, 788 orang pada tahun 2003 dan jumlah ini meningkat kepada 74, 095 orang pengundi berdaftar pada tahun 2013 (Arkib Harakah Daily, 2017). Keluasan Parlimen Padang Serai (P17), Kedah berdasarkan rekod persempadanan semula yang dilakukan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya pada tahun 2003, menunjukkan keluasan sebanyak 352 km². Terdapat dua DUN dibawah pentadbiran parlimen ini iaitu DUN Merbau Pulas (N33) yang ditawan oleh PAS dan DUN Lunas (N34) yang dimenangi oleh PKR.
Rajah 1: Peta Kawasan Parlimen Negeri Kedah (http://undi.info/kedah/p/2013/P17)
 Persempadanan kawasan pilihan raya bagi Parlimen Padang Serai (P17), Kedah mula dibentuk pada tahun 1974. Berdasarkan keputusan pilihan raya umum yang diperolehi dari tahun 1974, 1978, 1982, 1986, 1990, 1995, 1999 dan tahun 2004, menunjukkan kawasan Parlimen Padang Serai (P17), Kedah dimenangi oleh BN (SPR, 2017). Pada tahun 1986, bahagian kawasan pilihan raya bagi Parlimen Padang Serai, Kedah dibawah kod (P15) sehingga tahun 1995 kawasan ini berubah kepada Parlimen Padang Serai (P17), Kedah dan sehingga kini. Pada tahun 1986 iaitu keputusan PRU ke-7, kawasan Parlimen Padang Serai (P15), dimenangi oleh Yang Berhormat Chew Kam Hoy, wakil calon BN iaitu memperolehi menang majoriti undi sebanyak 19, 246 undi dengan mengalahkan wakil calon PAS iaitu Yang Berhormat Mohd Radzi Bin Hj Hussain yang memperolehi undian sebanyak 8, 320 undi. Seterusnya, keputusan PRU ke-8 pada tahun 1990 di Parlimen Padang Serai (P15), Kedah dimenangi oleh Yang Berhormat Lim Lay Hoon, wakil calon BN iaitu menang undi sebanyak 19, 157 undi dan berjaya menewaskan serentak wakil calon DAP serta wakil calon PAS. Keputusan PRU ke-9 pada tahun 1995, menunjukkan kawasan Parlimen Padang Serai (P17), Kedah masih dipimpin oleh YB Lim Lay Hoon iaitu menang undi sebanyak 27, 844 undi dengan menewaskan wakil dari calon bebas. Kemudian BN memenangi majoriti undi di kawasan Parlimen Padang Serai (P17), pada tahun 1999 iaitu pada PRU ke-10, memperlihatkan Yang Berhormat Lim Bee Kau, wakil calon BN berjaya meraih undian sebanyak 27,395 undi dengan mengalahkan Yang Berhormat Saifuddin Nasution Bin Ismail, wakil calon PKR yang hanya memperolehi undian sebanyak 18, 023 undian.  Menjelang PRU ke-11 iaitu pada tahun 2004, Yang Berhormat Lim Bee Kau, wakil calon BN memenangi undian sebanyak 26, 269 undi di Parlimen Padang Serai (P17), Kedah dengan mencantas undian Yang Berhormat Saifuddin Nasution Bin Ismail, wakil calon PKR, iaitu memperolehi undian sebanyak 15, 953 undi. Namun jumlah undian ini, menunjukkan jumlah undian calon BN makin menurun berbanding jumlah undian calon BN pada PRU ke-10.
Tonggak kepimpinan BN di kawasan Parlimen    Padang Serai (P17), Kedah tidak lagi boleh dibanggakan oleh parti pemerintah negara Malaysia. Hal ini kerana terdapat pelbagai kekangan politik yang masih belum diselesaikan di parlimen tersebut sehinggakan BN kalah undi di parlimen Padang Serai (P17), Kedah sebanyak dua kali sidang pilihan raya umum negara iaitu pada tahun 2008 dan tahun 2013. Buktinya, keputusan PRU ke-12 dan PRU ke-13 telah menunjukkan undian rakyat memihak dan memberi seluruh kepercayaan kepada wakil calon dari Pakatan Rakyat iaitu PKR. Pada tahun 2008 iaitu era “tsunami” politik negara, keputusan PRU ke-12 mengumumkan Parlimen Padang Serai (P17), Kedah jatuh kepada Yang Berhormat Gobalakrishnan A/L Nagapan iaitu wakil calon PKR, yang meraih jumlah undian sebanyak 28, 774 undi dan beliau berjaya menewaskan wakil calon BN iaitu Yang Berhormat Boey Chin Gan, yang meraih undian sebanyak 17, 036 undi. Manakala pada tahun 2013 iaitu keputusan PRU ke-13 mengumumkan kemenangan masih disandang oleh wakil calon PKR iaitu Yang Berhormat Tuan N. Surendran A/L K. Nagarajan. Perbandingan jumlah undian antara kedua-dua calon PKR yang menang majoriti di peringkat Parlimen Padang Serai (P17), Kedah pada keputusan PRU ke-12 dan PRU ke-13 adalah sangat memberangsangkan bagi PKR iaitu pada PRU-13, Yang Berhormat Tuan N. Surendran A/L K. Nagarajan meraih undian tertinggi berbanding keputusan PRU-12 yang diwakili Yang Berhormat Gobalakrishnan A/L Nagapan. Perbezaan jumlah undian pada keputusan PRU-12 dan PRU-13 adalah meningkat sebanyak 5,377 undi. Hal ini membuktikan pengundi di Parlimen Padang Serai (P17), Kedah semakin mempercayai kepimpinan yang dibawa oleh PKR selama dua kali sidang pilihan raya umum Negeri Kedah. Berdasarkan rekod keputusan PRU pada tahun 1986 sehinggalah tahun 2013, menunjukkan BN telah memerintah Parlimen Padang Serai (P17), Kedah selama 25 tahun iaitu sebanyak lima kali sidang pilihan raya umum pada tahun 1986, 1990, 1995, 1999 dan tahun 2004. Manakala, PKR telah memerintah Parlimen Padang Serai (P17), Kedah selama hampir 10 tahun iaitu menang dua kali sidang PRU tahun 2008 dan tahun 2013 (Jadual 1).

Jadual 1: Jumlah Bilangan Undi Dalam Keputusan Pilihan Raya Umum Bagi Tahun 1974, 1978, 1982, 1986, 1990, 1995, 1999, 2004, 2008 dan Tahun 2013 Mengikut Parti-parti Yang Bertanding di Parlimen Padang Serai.

Tahun
Calon
Jumlah Undi
Majoriti
%
Parti Menang
1974[1]
Lim Ah Ying @ Kiam Hoon (BN)

MTB
MTB
BN
1978





1982
Tan Kow Kia @ Tan Kok Hooi (BN)
Ramley Bin Ismail (BEBAS)
Khatib Shorbaini Bin Hassan (PAS)

18043
906
6183
11860
48.95
BN
1986
Chew Kam Hoy (BN)
Mohd Radzi Bin Hussain (PAS)

19246
8320
10926
73.04
BN
1990
Lim Lay Hoon (BN)
Ustaz Wahab (PAS)
Karuppalah A/L Ramasamy (DAP)

19157
6657
5360
12500
73.67
BN
1995
Lim Lay Hoon (BN)
Tan Kee Chye (BEBAS)
Ahmad Bin Awang (S46)

27844
1177
11291
16553
70.57
BN
1999
Lim Bee Kau (BN)
Saifuddin Nasution Bin Ismail (PKR)

27395
18023
9372
72.75
BN
2004
Lim Bee Kau (BN)
Saifuddin Nasution Bin Ismail (PKR)

26269
15953
10316
80.31
BN
2008
Boey Chin Gan (BN)
Gobalakrishnan A/L Nagapan (PKR)

17036
28774
11738
79.58
PKR
2013
Heng Seai Kie (BN)
N. Surendran A/L Nagarajan (PKR)
Hamidi Bin Abu Hassan (BERJASA)
Othman Bin Wawi (BEBAS)
Gobalakrishnan A/L Nagapan (BEBAS)
25714
34151
2630
279
390


8437
87.20
PKR
Sumber: Keputusan Pilihan Raya, Suruhanjaya Pilihan Raya (2017).



[1] Persempadanan Parlimen Padang Serai

PRU 2008 & PRU 2013

 Pilihan Raya Umum 2008
Keputusan Pilihan Raya Umum (PRU) ke- 12 telah diumumkan pada 9 Mac 2008,  keputusan ini menunjukkan Malaysia dilanda peristiwa “tsunami” politik yang mengejutkan parti politik Barisan Nasional (BN) dan parti Pakatan Rakyat (PR) (Azman, 2008). Apabila keputusan PRU ke-12 diumumkan menunjukkan BN hilang majoriti 2/3 di parlimen iaitu hanya memenangi 140 kerusi (majoriti 2/3 ialah 148 kerusi) dari 222 kerusi yang dipertandingkan, manakala pakatan pembangkang memenangi 82 kerusi (SPR, 2008). Manakala, di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN), BN memenangi 306 kerusi dan PR memenangi 199 kerusi daripada keseluruhan jumlah 505 kerusi. Bagi undi keseluruhan BN memperolehi 4.0 Juta undi, manakala PR memperolehi 3.7 Juta undi (Jadual 1). Keputusan ini telah memberi satu tamparan hebat kepada BN kerana BN kehilangan kuasa di 5 buah negeri iaitu Pulau Pinang, Perak, Kedah, Selangor dan Kelantan. Rentetan peristiwa “tsunami” politik 2008 ini telah memberi pengajaran kepada seluruh warganegara Malaysia menjelang PRU ke-13.

Pilihan Raya Umum 2013
Pasca PRU ke-13, merupakan pilihan raya yang paling sengit di dalam sejarah pilihan raya di Malaysia kerana memperlihatkan kebangkitan generasi muda dalam menuntut peralihan tampuk pemerintahan yang selama ini dimonopoli oleh kerajaan BN selama 54 tahun. Buktinya, peristiwa demonstrasi jalanan atau lebih dikenali sebagai Bersih 2.0 yang berlaku pada 9 Julai 2011, jelas menunjukkan desakan barisan pembangkang dan golongan muda terhadap kerajaan pada ketika itu (Amalina, 2012). Pada tanggal 5 Mei 2013, keputusan PRU ke-13 telah diumumkan dan menunjukkan BN masih memegang tampuk pemerintahan dengan memenangi 133 kerusi di parlimen, manakala PR memenangi 89 kerusi (Kee, 2013). Jika dibandingkan dengan keputusan PRU 2008, berlaku penurunan kerusi di parlimen bagi parti BN sebanyak 7 kerusi dan bagi PR pula, berlaku peningkatan prestasi kemenangan jumlah kerusi di peringkat parlimen. Keputusan PRU ke-13 di peringkat DUN menunjukkan BN memenangi 275 kerusi daripada keseluruhan 505 kerusi dan PR memenangi 230 kerusi. Bagi keseluruhan jumlah undi pada PRU ke-13, BN memperolehi 5.2 juta undi, manakala PR memperolehi 5.5 juta undi (Jadual 1).

Jadual 3: Perbandingan Bilangan Kerusi dalam Pilihan Raya Umum 2008 dan 2013.

Pilihan Raya Umum 2008
Pilihan Raya Umum 2013
Parlimen


Barisan Nasional
140
133
Pakatan Rakyat
82
89
Dewan Undangan Negeri


Barisan Nasional
306
275
Pakatan Rakyat
199
230
Undi Keseluruhan


Barisan Nasional
4.0 Juta undi
5.2 Juta undi
Pakatan Rakyat
3.7 Juta undi
5.5 Juta undi

Sumber: Diubahsuai daripada (Jamaie et. al, 2014) dan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (2013 & 2008).

NOTA PADAT GEOGRAFI TINGKATAN 1,2 DAN PT3

Nota Padat Geografi Tingkatan 1 Nota Padat Geografi Tingkatan 2 Nota Padat PT3