Sebagaimana yang dinyatakan dalam Perkara 39 Perlembagaan
Persekutuan YDPA adalah kuasan pemerintah bagi persekutuan.Namun demikian dalam
menjalankan tugasnya-tugasnya baginda hendaklah mengikut nasihat Jemaah menteri
atau nasihat seseorang menteri yang bertindak sebagai kuasa am Jemaah menteri.
YDPA mempunyai bidang kuasa yang luas seperti yang ditetapkan oleh
Perlembagaan. Fungsi sebagai Ketua Negara dapat dilihat dalam tiga cabang
kerajaan, iaitu eksekutif, perundangan dan kehakiman.
Eksekutif
Fasal 39 Perlembagaan memberi kuasa
eksekutif kepada Yang di-Pertuan Agong. Walaupun terdapat beberapa pengecualian
dalam Perlembagaan mengenai kuasa dan kedudukan Yang di-Pertuan Agong, secara
lazim baginda menerima nasihat dari Kabinet atau lebih khusus, Perdana Menteri.
Walaupun bertindak atas nasihat Kabinet atau Menteri atau selepas berunding
atau atas cadangan seseorang atau sesuatu pertubuhan,Yang di-Pertuan Agong
boleh bertindak mengikut budi bicara dalam tiga fungsi Perlembagaan iaitu
melantik seorang Perdana Menteri,bersetuju atau tidak mempersetujui permintaan
membubarkan Parlimenserta meminta mesyuarat Majlis Raja-Raja diadakan
semata-mata mengenai keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran raja dan
mengambil tindakan dalam mesyuarat itu.
Perundangan
Kuasa perundangan Persekutuan
adalah terletak kepada Parlimen yang mengandungi Yang di-Pertuan Agong dan dua
majlis, iaitu Dewan Negara dan Dewan Rakyat. Yang di-Pertuan Agong sebagai
sebahagian komponen Parlimen mempunyai kuasa berikut iaitu memanggil Parlimen
bermesyuarat dari semasa ke semasa,memberhentikan dan membubarkan
Parlimen,memberi ucapan dalam mana-mana majlis Parlimen, serta memperkenankan
Rang Undang-Undang. Yang di-Pertuan Agong juga mempunyai kuasa melantik dua orang
senator untuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan seorang untuk Wilayah
Persekutuan Labuan dan Putrajaya serta mempunyai kuasa melantik 40 orang
senator lain.
Kehakiman
Yang di-Pertuan Agong mempunyai
fungsi penting dalam bidang kehakiman. Antara tanggungjawab Yang di-Pertuan
Agong adalah
melantik Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan, Presiden Mahkamah Rayuan,
Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Malaya, Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Sabah dan
Sarawak, Hakim Mahkamah Agung, Hakim Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi atas
nasihat Perdana Menteri setelah dirundingkan dengan Majlis Raja-Raja, melantik
mana-mana orang yang layak dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi untuk menjadi
Pesuruhjaya Kehakiman (yang mempunyai kuasa sebagai Hakim Mahkamah Tinggi) atas
nasihat Perdana Menteri selepas berunding dengan Ketua Hakim Negara Mahkamah
Persekutuan (satu langkah sementara sebelum pelantikan tetap sebagai Hakim
Mahkamah Tinggi), memanjangkan perkhidmatan seorang hakim yang berumur lebih 65
tahun. Walaubagaimanapun, lanjutan perkhidmatan itu tidak melebihi enam bulan
setelah mencapai umur 65 tahun.
Selain itu,Perlembagaan Persekutuan
menyatakan bahawa Perdana Menteri atau Ketua Hakim Negara selepas berunding
dengan Perdana Menteri, mengemukakan presentasi kepada Yang di-Pertuan Agong
untuk menyingkirkan seorang hakim Mahkamah Persekutuan atas alasan tertentu.
Selepas menerima representasi itu, Yang di-Pertuan Agong akan melantik satu
tribunal untuk memberi cadangan dan mungkin atas cadangan tribunal itu menyingkirkan
hakim dari jawatannya. Yang di-Pertuan Agong boleh menggunakan budi bicara
baginda untuk menerima atau menolak cadangan tribunal untuk menyingkirkan atau
mengekalkan hakim.
Yang di-Pertuan Agong mengikut
Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan boleh mengeluarkan Perisytiharan darurat
apabila berpuas hati bahawa suatu darurat besar sedang berlaku seperti
keselamatan, kehidupan, ekonomi atau ketenteraan awam dalam Persekutuan atau
negeri dalam keadaan terancam.Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan menetapkan
bahawa Perlembagaan Negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak membuat
peruntukan yang menetapkan Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Agama Islam
negeri berkenaan.Baginda juga adalah Ketua Agama Islam di Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan. Baginda juga melantik jawatan tertentu bagi
Negeri-negeri Pulau Pinang, Melaka dan Wilayah Persekutuan atas nasihat Majlis
Agama Islam Negeri berkenaan. Di Sabah dan Sarawak, kuasa pelantikan diturunkan
kepada Yang Dipertua Negeri.
Selain tiga fungsi ini, Yang
di-Pertuan Agong mempunyai fungsi seperti berikut seperti Pemerintah Tertinggi
Angkatan Bersenjata, mempunyai kuasa mengurniakan pengampunan dan menangguhkan
hukuman bagi kesalahan yang dibicarakan oleh Mahkamah Tentera dan semua
kesalahan yang dilakukan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan,
menjaga hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera di Sabah dan Sarawak,sumber
penghormatan dan kebesaran, fungsi diplomatik dengan melantik diplomat Malaysia
di luar negara dan menerima mengadap diplomat asing serta menghadiri pelbagai
majlis dan acara.
No comments:
Post a Comment